Whatsapp AinShaari untuk info lanjut.

Boleh juga terus ke kedai online kami di Shopee.

Jom Shopping di Shopee!

Wednesday 20 February 2019

KUNJUNGAN MAHABBAH TUAN CEO AL HADDAD MARKETING SDN BHD & ROMBONGAN




Image may contain: one or more people and people standing
[ 17.02.2019 | AHAD ]
KUNJUNGAN MAHABBAH TUAN CEO AL HADDAD MARKETING SDN BHD & ROMBONGAN

Alhamdulillah… Seri Ar Raudhah telah menerima kunjungan mahabbah, dari Tuan CEO Al Haddad Marketing SDN BHD, Tuan Hj Syed Ageel bin Syed Mohd Mahayadin Al Haddad, bersama rombongan.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Pengurus Besar Al Haddad Marketing SDN BHD, Puan Rahmah Binti Rahmat dan Pegawai Khas, Encik Mohd Ariffin bin Karim serta Team Al Haddad Marketing wilayah Borneo.

Pengerusi Ahli Syura Ar Raudhah, Encik Ahdin Singky telah memberikan taklimat khas mengenai sejarah penubuhan sekolah dan pengenalan sekolah kepada semua tetamu yang hadir. Tuan CEO juga berkesempatan memberikan ucapan, kata-kata semangat dan motivasi kepada seluruh warga Seri Ar Raudhah.

Dalam kunjungan tersebut, Seri Ar Raudhah telah menerima sumbangan daripada Al Haddad Marketing SDN BHD yang disampaikan oleh tuan CEO sendiri kepada Pengerusi Ahli Syura, disaksikan oleh Penasihat Ahli Syura, Al Fadhil Ustaz Ahmad bin Supu.

Pada malam 16.02.2019 (Sabtu) pula, wakil Seri Ar Raudhah telah menghadiri Majlis Anugerah Insentif Borneo Al Haddad Marketing SDN BHD 2019 bertempat di Signature Hall, Sandakan Style Hotel. Seri Ar Raudhah telah diwakili oleh Pengerusi Ahli Syura Ar Raudhah, Encik Ahdin bin Singky, Mudir Seri Ar Raudhah, Al Fadhil Ustaz Bunyamin Bakri dan Ahli Syura Ar Raudhah, Ustazah Syamsyi Jamaluddin.

Pihak Seri Ar Raudhah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan. Semoga dengan kunjungan dan sumbangan ini, dapat membantu melancarkan proses pembelian bangunan sekolah dan mencapai visi sekolah untuk menjadi sebuah sekolah rendah agama yang terunggul di negeri Sabah menjelang tahun 2025.

Sesungguhnya kunjungan ini merupakan satu penghargaan kepada kami dan menambahkan lagi motivasi kami untuk terus berjuang dalam jihad pendidikan. Semoga Syarikat Al Haddad Marketing SDN BHD juga akan lebih maju dan terus berkembang melebarkan jaringan perniagaannya.

“BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK’

“MENGUNGGULI SISTEM PENDIDIKAN RENDAH ISLAM PRO HUFFAZ TERBAIK DI SABAH MENJELANG TAHUN 2025”


Whatsapp AinShaari
Seksyen 5/Hentian Kajang/Downtown/Shell
POS ke seluruh Malaysia
Shopping di Shopee
http://ainshaari86.blogspot.my/
Follow my Ig : alhaddadmarketing_byainshaari

No comments:

Post a Comment