TAHUKAN ANDA dengan makan kurma dapat memudahkan proses bersalin?
Sebuah kajian membandingkan proses bersalin antara ibu mengandung yang makan kurma dengan ibu mengandung yang tidak makan kurma telah dijalankan oleh Jordan University of Science and Technology.
Dalam prospective study ini, ibu mengandung yang makan kurma dikehendaki makan 6 biji kurma sehari dari 4 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin.
Kajian ini mendapati, jika dibandingkan dengan ibu mengandung yang tak makan kurma, ibu mengandung yang makan kurma mempunyai:
❤ bukaan rahim lebih besar apabila tiba di hospital, iaitu lebih kurang 4cm berbanding 2cm.
❤ lebih tinggi peratus intact membrane (tidak pecah ketuban) iaitu 83% berbanding 60%.
❤ lebih tinggi peratus spontaneous labour (mula proses bersalin dengan sendiri) iaitu 96% berbanding 79%
❤ kadar induction (penggunaan prostin/oxytocin) lebih rendah iaitu 28% berbanding 47%
❤ first stage of labour (bukaan 0 ke 4cm) lebih pendek iaitu, 8.5 jam berbanding 15 jam.
Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati ibu yang makan kurma 4 minggu sebelum bersalin mempunyai proses bersalin yang lebih pendek dan dapat mengelak induction.
Seperti yang kita tahu, kurma juga banyak manfaat lain termasuk serat, gula yang baik, protein, iron, vitamin K, potassium, magnesium dan folate.
Jadi, marilah kita mengamalkan pemakanan kurma semasa mengandung.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sambil-sambil tu boleh juga amalkan minuman Tamar Cocoa kerana ia juga berasaskan kurma. kannn...
AinShaari || 019.289.9202 || Stokis Bangi
Seksyen 5/Hentian Kajang/Downtown/Shell
POS ke seluruh Malaysia
http://ainshaari86.blogspot.my/
Follow my Ig : ainshaari86
No comments:
Post a Comment